Tampilkan postingan dengan label anjing. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anjing. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Anjing terpaksa dibedah kerana telan koin

 13 Mac 2013
Sinar rontgen dari anjing pemakan koin (Foto: NY Daily News)
Sinar rontgen dari anjing pemakan koin (Foto: NY Daily News)
MANHATTAN Seekor anjing bernama Jack terpaksa menjalani pembedahan setelah menelan wang siling sebanyak USD1,11  .
 
Doktor di rumah sakit BluePearl Veterinary Partners memerlukan waktu dua jam untuk mengambil semua koin yang ditelannya.
 
Sang pemilik, Tim Kelleher mengatakan bahawa anjing peliharaannya ini mengalami perubahan yang sangat mendadak pada pola makannya. Kelleher merasa ada yang aneh pada sikap Jack yang sering muntah-muntah.
 
Jack akhirnya dibawa kerumah sakit dan diperiksa menggunakan sinar rontgen. Dalam perut anjing malang itu telah diketemukan wang koin sebesar USD 1.11  . Hal ini berakibat buruk bagi ginjal dan hati Jack.
 
"Jika wang koin itu tidak di ambil maka akan berakibat fatal," kata Dr Amy Zalcman, doktor yang membantu mengubati Jack.
 
Jack memang terkenal sebagai anjing yang sangat rakus. Binatang itu sering memakan apapun jika sedang lapar.
 
“Dia seperti Tasmanian Devil jika sedang lapar" kata Kelleher, seperti dikutip dari NewYork Daily News, Rabu (13/3/2013).
 
"Saat itu dia naik ke atas meja dan bermain-main dengan beg milik saya. Mungkin saat itu dia menelan wang saya,” ungkaplelaki yang bekerja di Wall Street itu.
 
Setelah operasi pengambilan koin tersebut keadaan Jack semakin pulih dan saat ini anjing lucu itu masih dalam masa penyembuhan.

Selasa, 24 Desember 2013

500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing


Anjing

NORMAN – Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. – DM