Tampilkan postingan dengan label bulan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bulan. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Bank Didenda Jual Saham Pada Bayi Usia 4 Bulan


SEPANYOL – Bank Novagalicia diarahkan membayar pampasan sebanyak 4,800 euro selepas ia secara tidak sengaja menjual £4,000 saham kepada seorang bayi berusia empat bulan.

Mahkamah Ponferrada ketika membuaat keputusan berkenaan turut  mengisytiharkan bahawa penjualan saham itu terbatal dan tidak sah.

Ini kerana berdasarkan kontrak, sebarang urusan akan terbatal jika salah satu pihak adalah kanak-kanak yang tidak mempunyai maklumat yang diperlukan.

Meskipun penjualan saham itu dibuat atas nama ibu bapa bayi berkenaan, namun nama pemegang saham tersebut adalah bayi tersebut.

Kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh ibu bapa bayi itu.

Dalam pada itu, bank terbabit ketika membela diri memaklumkan bahawa ia telah mengemukakan dokumen yang mencukupi dalam urus niaga berkenaan.

Namun hakim menyatakan tiada bukti bahawa bayi tersebut memahami mengenai produk kewangan yang dijual itu.

Senin, 16 Desember 2013

Video Pembantu Rumah Di Kuantan Dera Bayi Berusia 4 Bulan


Memang agak menyedihkan bila masih lagi kedengaran ada kes penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah berlaku masakini. Dalam kita sukar mendapat khidmat pembantu rumah yang semakin tinggi kosnya kini, terjadi pula kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dalam rumah kita.

Satu langkah yang bijak dibuat oleh seorang bapa yang bertindak memasang CCTV pengawasan di rumahnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini terbukti apabila seorang pembantu rumah warga asing ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup CCTV.




Menurut sumber (klik), perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika beliau sedang minum di sebuah restoran di Kuantan. Majikannya itu terkejut melihat perbuatan wanita pembantu rumah yang sekejam itu diperlakukan pada bayi berusia 4 bulan tersebut.

Beliau bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk pemeriksaan dan didapati bayi tersebut mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

Sebagai pengajaran untuk kita semua, agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pembantu rumah. Sudah banyak kes busuk hati pembantu rumah berlaku, termasuk mencampurkan kotoran dalam makanan majikan mereka. Harapan video ini membuka mata kita semua, ada manusia yang dikategorikan tak stabil mungkin berada di dalam rumah kita.

Sumber

Minggu, 15 Desember 2013

Seks Songsang Sanggup Sewa Bilik Pada Bulan Ramadhan

PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

Sumber: SinarHarian