Tampilkan postingan dengan label diri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label diri. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Gia Allemand Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri


Los Angeles – Bekas bintang Bachelor, Gia Allemand meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas membunuh diri.

Teman lelakinya, Ryan Anderson dalam kenyataan akhbarnya berkata, dia telah menemui mayat Gia tergantung dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus menghubungi 911.

Ryan yang juga bintang NBA berkata, Gia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti di New Orleans pada Isnin dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat.

“Keadaan masih belum sedarkan diri pada Selasa dan semalam, mesin sokongan hayat itu dimatikan selepas keadaannya tidak berubah,’’ katanya.

Upacara pengebumian Gia akan diadakan dan dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, portal TMZ melaporkan Gia sebelum berasa tertekan dan kecewa kerana hubungannya dengan Ryan sering berkocak.

Pada 2010, Gia menjadi finalis bagi musim ke 14, The Bachelor yang bertanding merebut hati seorang juruterbang, kapten Jake Pavelka.

Namun Gia tewas kepada Vienna Girardi namun Pavelka dan Girardi berpisah.

“Saya amat terkejut dengan berita kematian Gia.Dia seorang rakan yang baik. Kita kehilangan seorang bidadari hari ini,’’ kata Pavelka.

Minggu, 29 Desember 2013

Buat Persembahan Selepas ‘Menghilangkan’ Diri

Shila Amzah


Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.
Sementara itu, Shila pada malam Ahad tiba di Pulau Pinang bersama bapanya, ND Lala dan kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kemelutnya itu kepada pihak media dan dilihat dia tetap melayan peminat-peminatnya di sebuah hotel.
Dalam pada itu, penyanyi rap Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Psy yang pertama kali membuat pesembahan di negara ini sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, menyayikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.- mStar Online