Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Kelantan dapat RM46 juta dari projek Lembah Sireh

Harakahdaily

Salmah Mat Husain foto Rizal Tahir, 03 Nov 2012
(Sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memperolehi pulangan sejumlah RM46 juta dari projek Pembangunan Lembah Sireh yang mula beroperasi 2007.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pulangan itu termasuk RM3 juta untuk projek kos rendah dan bantuan kepada petani di Lembah Sireh.
 
 Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mesyuarat exco, di Bilik Mesyuarat MMK, di Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini.

Sidang media itu khusus untuk menjawab tomahan pihak tertentu terhadap kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh sehingga membuat laporan SPRM.

Katanya,  peruntukkan itu tidak termasuk yang diperolehi oleh MPKB setiap bulan yang dianggarkan RM906,000 setahun untuk bayaran cukai pintu.

“Walaupun projek ini belum lagi berjaya sepenuhnya namun imbuhan telah diperolehi kerajaan negeri bukan sahaja modal tidak pernah dikeluarkan untuk projek pembangunan ini,”ujarnya.

Katanya lagi projek pembangunan Lembah Sireh dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta, malah kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk pembangunan itu.

 selengkapnya 

Sabtu, 15 Februari 2014

MB Sgor Kontrak hamper RM2 juta ikut buku

  • S Pathmawathy
  • Malaysiakini  Jul 6 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan pemberian kontrak RM2 bilion untuk membekalkan hamper hari raya sejak 2009 kerana ia didakwa berjalan mengikut buku.

Katanya, ketika keputusan itu dibuat pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui tender terbuka kerana ia bernilai bawah RM50,000 yang dibenarkan.

"Tetapi bila kita bercakap tentang kontrak RM2 juta (sekali gus), ini mesti melalui tender terbuka," kata Khalid kepada pemberita ketika ditemui di Gombak hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan, kerajaan Selangor dituduh memberi tender itu sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka untuk membuat agihan kepada golongan miskin.

Sumber-sumber kerajaan Selangor memberitahu, tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta; melalui rundingan terus.

Exco bertanggungjawab Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan tersebut.