Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

PAS ada peluang jika pengundi luar pulang

Harakahdaily, 23 Jul 2013

(Kempen Che Long di Pulau Perhentian...kepulangan pengundi luar menjadi faktor yang bakal menentukan menang kalah PAS dalam pilihan raya kecil ini.


KUALA LUMPUR: PAS berpeluang menang di pilihan raya kecil Kuala Besut jika berjaya membawa pulang semua pengundi luar yang ada di dalam pilihan raya ini di samping memujuk pengundi muda untuk mengundinya.

Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre dari 18 hingga 21 Julai 2013 ke atas 546 respondan dari lapan peti undi dalam Kuala Besut mendapati, populariti calon PAS sangat tinggi berbanding calon BN.

"Kajian ini  yang diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2013 menunjukkan populariti calon PAS  jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN," kata Mohamad Hisomudin Bakar, Pengarah Eksekutif Ilham Centre berdasarkan kajian yang dibuatnya.

Walaupun calon PAS popular tetapi kajian Ilham mendapati, faktor pengundi luar yang terdedah kepada media baru bakal menentukan keputusan pilihan raya ini.

"Jika PAS tidak berjaya membawa balik pengundi luar ini, kami jangka majoriti BN akan meningkat," kata Hisomudin.

Ilham Centre mempunyai reputasi yang baik dalam kajian pra pilihan raya ekoran hampir kesemua ramalan badan ini dalam pilihan raya kecil musim lalu hampir tepat.

Kira-kira 17,000 pengundi Kuala Besut akan mengundi 24 Julai esok di lapan pusat mengundi seluruh pekan yang terkenal dengan pelancongan itu. Pengundian akan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

SPR menjangkakan, keputusan rasmi dijangka akan diperolehi jam 10.30 malam ekoran bulan Ramadhan namun keputusan tidak rasmi dijangka akan mula diterima sekitar jam 7.30 malam.

PAS turun sebagai underdog dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut ini selepas kalah dengan majoriti agak besar dalam PRU12 yang lalu iaitu 2,400 undi.

Penampilan  Che Long  sebagai calon PAS bagaimanapun  menjadikan pertembungan adalah sengit dan sukar diramal.

Walaupun Che Long sangat popular namun kekuatan imej Che Long ini kelihatan tidak dapat diterjemahkan kepada bentuk undi  oleh responden atas beberapa faktor yang lebih dominan, lapor Ilham Centre.

Sejarah pertembungan radikal dan ekstrim PAS – UMNO suatu ketika dahulu yang menyaksikan isu yang kontroversi seperti kafir-mengkafir dan sembahyang dua imam masih membayangi pengundi.

Penampilan Che Long yang mewakili PAS yang dilihat membawa imej kebajikan untuk semua dan perwatakan rentas  parti belum berjaya memadamkan legasi lama ini. 

Sikap responden yang memberi wajaran tinggi kepada soalan-soalan positif tentang Che Long  perlu diberi perhatian.

51.2 pengratus responden misalnya bersetuju bahawa Che Long adalah seorang peniaga yang cukup dermawan manakala 65.1 peratus menerima Che Long sebagai  seorang yang ramah dan mudah mesra.

Kekuatan figura Che Long berdepan dengan dilema pengundi untuk diterjemahkan kepada  bentuk undi, kata Ilham.

"Kempen agresif dan mewah oleh jentera Barisan Nasional membelenggu  pertimbangan rasional pengundi di sini. Elemen bantuan rakyat dimanipulasi sepenuhnya oleh  jentera kerajaan dalam pelbagai bentuk sama ada bersifat one off hinggalah kepada janji-janji  yang mengikat minda pengundi," lapor Ilham.

Kebanyakan responden mengakui terpengaruh dengan  manipulasi ini sehinggakan peratus prediksi kemenangan memihak kepada Barisan Nasional mendahului sebanyak 69 peratus berbanding hanya 13 peratus kepada PAS.

Jumat, 07 Februari 2014

Pelakon Popular Ini Bakal Sertai PAS

30 Januari, 2013


Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.

Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan dekat dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam.

Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk Apa Salah Kami bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut.

Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.

Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke programCeramh Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.

Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO.

Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa sumber maklumat dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain.

Ini secara tidak langsung mengurangkan virus dungu dan tolol kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.

Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.

~mindarakyat

Senin, 23 Desember 2013

Pas tidak akan tarik balik keputusan Majlis Syura

Wartawan Sinar Harian
20 Januari 2013
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

“Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

“Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

“DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.