Tampilkan postingan dengan label sebelum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sebelum. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Bangkit dari Kematian Sesaat Sebelum Doktor Mahu mengambil Organ Tubuhnya

Carina Melchior 

Seorang gadis Denmark berada dalam keadaan koma setelah mengalami kemalangan kereta yangl tragis. Tetapi secara ajaib ia terbangun sesaat setelah doktor menyatakan otaknya telah mati dan siap mengambil organ tubuhnya.

Doktor menilai peluang Carina Melchior (20 tahun) untuk pulih sangat tipis dan meminta keluarganya mempertimbangkan pendermaan organ. Orangtuanya pun setuju dan doktor melepas respirator atau alat bantuan hayat yang melekat di tubuhnya.

Namun ketika doktor di Aarhus University Hospital, Denmark, tengah mempersiapkan dirinya untuk mengambil organnya  , secara tiba-tiba Carina membuka matanya dan mulai menggerakkan kaki.

Kejadian ini tentu saja membuat terkejut seluruh staf di rumah sakit, terlebih orangtuanya, kerana ia justru terbangun setelah dinyatakan mati otak dan doktor siap memanen organnya.

Remaja ini kini masih dalam masa pemulihan di sebuah pusat rehabilitasi dan sudah mampu berjalan dan berbicara.

Namun keluarganya menggugat rumah sakit dan mengklaim bahawa doktor telah memutuskan untuk mencopot alat penunjang kehidupannya terlalu cepat agar dapat memanen organ tubuhnya.

"Mereka bandit bermantel putih, menyerah terlalu cepat kerana mereka ingin menjadikannya donor organ," jelas ayah Carina, Kim, pada surat khabar Denmark Ekstra Bladet, seperti dilansir Medicaldaily, Sabtu (20/10/2012).

Tentu saja hal ini menjadi trauma yang besar baik bagi Carina maupun orangtuanya, yang telah yakin tidak ada lagi jalan keluar yang bisa dilakukan sehingga akhirnya menyetujui menyumbangkan organ tubuh puterinya.

Carina mengalami kecelakaan kereta pada Oktober 2011. Dia dirawat di rumah sakit dan tinggal di sana selama tiga hari sebelum doktor mengatakan bahawa aktiviti otaknya memudar dan berkonsultasi dengan keluarga untuk menghentikan pengubatan. Orangtuanya kemudian setuju untuk menyumbangkan organ tubuhnya.

Padahal donor organ hanya dapat terjadi setelah kematian otak. Namun, dalam kes Carina, rumah sakit telah mengakui bahawa mereka membuat kesalahan serius dalam diagnosisnya.

sumber 

Selasa, 17 Desember 2013

Sempat taubat sebelum mati terbakar

Sempat taubat sebelum terbakar 
  •  Pihak bomba dan polis berjaya membawa mangsa keluar selepas memecahkan pintu stor sebelum menemui mangsa dengan keadaan anggota badan terbakar dan kakinya terikat dengan tali.
MARANG – “Hati arwah akhirnya terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Arwah sempat bertaubat, tidak meninggalkan solat dan sering berjemaah bersama bapanya sejak minggu lalu sebelum maut dalam kebakaran itu,” kata Rohani Mohamad, 59.
Rohani merupakan ibu kepada seorang penagih tegar, Rosli Omar, 41, yang maut dalam kebakaran membabitkan sebuah stor yang terletak di bahagian belakang rumah keluarga berkenaan di Lubuk Perah, Wakaf Tapai di sini, malam kelmarin.

Sebahagian tubuh anak kedua daripada enam beradik itu ditemui rentung dalam keadaan mengiring manakala kakinya juga terikat dengan tali berdekatan pintu di dalam stor yang dijadikan sebagai bilik tidurnya kira-kira jam 11.40 malam.

Berseorangan dalam stor
Rohani yang lebih mesra dipanggil Mak Long berkata, ketika kejadian anaknya berseorangan berada di dalam stor berkenaan manakala dia dan suami, Omar Husin, 67, serta ibunya, Zainab Said, 96, berada di dalam rumah.

“Mak Long hanya sedar kebakaran berlaku apabila terdengar bunyi percikan api dari arah stor tersebut. Mak Long panggil Rosli tapi dia tidak menyahut lalu terus masuk semula ke dalam rumah untuk membawa ibu yang uzur keluar,” katanya.

Dengan bantuan jiran berdekatan rumah, ibu Rohani yang berusia 96 tahun itu berjaya dibawa keluar dari rumah ke tempat lebih selamat sementara suaminya dan orang ramai cuba memadamkan kebakaran dalam stor tersebut.  

“Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian juga tiba sebelum kebakaran dapat dipadam sepenuhnya. Pasukan bomba berjaya membawa arwah keluar dari situ, namun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya.

Banyak berubah sebelum meninggal
Rohani berkata, walaupun anaknya penagih dadah namun, jauh di sudut hatinya tetap ingin kembali ke pangkal jalan. Malah, arwah sempat bertaubat dan meninggalkan tabiat buruk itu sebelum meninggal dunia dalam tragedi itu.

“Arwah bukan sahaja tidak meninggalkan solat tetapi akan menunggu Mak Long dan bapanya (Omar) untuk makan bersama sejak kebelakangan ini. Kami tak sangka perubahan sikap itu adalah sebagai tanda dia akan pergi,” katanya.
 
Katanya, aktiviti arwah yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah sejak berumur 18 tahun cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain menasihati anaknya itu dan memohon doa kepada ALLAH SWT.

“Kami sekeluarga juga tidak pernah berhenti menyokongnya untuk berubah agar kehidupan kami sekeluarga dapat kembali normal, tambahan pula arwah adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini dan masih lagi belum berumah tangga.

“Walaupun arwah adalah seorang penagih dadah, kasih sayang kami terhadapnya tidak pernah luntur. Kami tetap mengambil berat dan jaga arwah sehinggalah kejadian kebakaran itu meragut nyawanya malam ini (kelmarin),” katanya.

Kesal tindakan abang
Turut bersedih dengan kejadian tu adalah adik perempuan mangsa, Yati Omar, 35, yang menyifatkan keadaan kematian abangnya dengan keadaan kaki terikat dengan tali adalah kehendak abangnya sendiri kerana tidak mahu keluar pada waktu malam.

“Arwah berubah secara mendadak dan sempat meminta maaf daripada mak dan ayah atas dosa-dosa dilakukannya. Dia juga sanggup mengikat kaki sendiri agar dapat menahan diri daripada keluar malam dan berjumpa dengan rakan-rakan penagih,” katanya.

Bagaimanapun, Yati kesal dengan tindakan abangnya itu kerana sanggup mengikat kaki sendiri hingga menyebabkan usaha untuk menyelamatkannya dari kebakaran menjadi sukar.   

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.