Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

  We’re here on this special day

Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

God has welcomed us
About us Gods land
God, guide our steps
The year of our Prophet)
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
Tahniah Kepada Big Boh Atas Perkahwinan yang ke tiga ini, kepada para Macai jangan cemburu jika anda takut bini untuk kahwin ramai..hehe..
Apa yang aku kagum dengan UAI kedua-dua isterinya menjadi pengapit dihari pernikahan nya..Kepada yang bujang bila lagi--





 
dari Blog Kaki Sembang

Kamis, 27 Februari 2014

TERKINI Ustaz Kazim TOLAK Jadi Ahli Majlis Tertinggi Umno


PENDAKWAH terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di Sungai Petani, Kedah malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Kelmarin Ustaz Mohammad Kazim dilaporkan sudah bertemu dengan Perdana Menteri di Parlimen berkenaan perlantikan itu.

Beliau berkata, isu itu diserahkan kepada Najib yang juga Presiden UMNO untuk membuat pengumuman berkenaan lantikan beliau.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Sabtu, 28 Desember 2013

GAMBAR Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Terengganu


Kami mendapat maklumat daripada salah seorang followers Oh! Media mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri.

UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).

Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pengadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga.

Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan.

Bagaimanapun isteri Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa. (Ohartis.com)

ohartis-ustaz-azhar-idrus-kemalangan-1

ohartis-ustaz-azhar-idrus-kemalangan-5

Minggu, 22 Desember 2013

VIDEO Bila Zizan Jadi Ala Ala Ustaz Azhar Idrus…

VIDEO: Bila Zizan Jadi Ala-Ala Ustaz Azhar Idrus...


SEMALAM merupakan minggu ke-8 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu.
Kumpulan favourite, JOZAN bagaimanapun tampil solo bila Johan masih lagi dirawat akibat pembedahan.
Walaupun Zizan berseorangan, namun ‘auranya’ ternyata tetap kuat apabila lawak jenakanya berjaya membuatkan penonton yang hadir gelak besar dengan aksinya.
Apatah lagi bertanding di ‘kampung’ sendiri.
Malam tadi Zizan muncul dengan imej ala-ala pendakwah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.
268427_435545883177353_136580981_n
Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi mungkin, awal-awal persembahannya lagi dia telah memberitahu penonton;
” Nampok macang sama, tapi bukang dia, bukang dia,” kata Zizan yang membuatkan penonton ‘pecah perut’.
Zizan juga membawa ‘style’ Ustaz Azhar iaitu sesi soal jawab, cuma dalam lawaknya, Zizan membawa persoalan mengenai kisah rakyat iaitu tentang Batu belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.
Memang lucu habis, apatah lagi dengan dialek Terengganu pekatnya itu.
Saksikan video di bawah (kalau belum BANNED kat You Tube lah kan)