Minggu, 16 Maret 2014

14 Maut Pesawat Terhempas Di Lagos


LAGOS – Sebuah pesawat sewa khas Nigeria yang membawa 20 orang terhempas akibat mengalami kerosakan enjin sebaik berlepas dari lapangan terbang Lagos, awal hari ini.

Pesawat berkenaan dilaporkan cuba mendarat berdekatan depot minyak di lapangan terbang berkenaan dengan sekurang-kurangnya 14 terbunuh.

Pesawat buatan firma Brazil, Embraer dan milik Nigeria Associated Airlines, berlepas jam 9.30 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Mohammed, demikian menurut Kementerian Penerbangan Awam Nigeria dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan dilaporkan menuju ke Akure di barat daya Negeri Ondo, namun terhempas dua minit selepas berlepas dengan di dalamnya mengandungi 13 penumpang dan tujuh anak kapal.

“Terdapat enam yang terselamat manakala 14 lagi terkorban,” kata Menteri Penerbangan Awam Nigeria, Stella Oduah. – AFP

0 komentar:

Posting Komentar