Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

14 Maut Pesawat Terhempas Di Lagos


LAGOS – Sebuah pesawat sewa khas Nigeria yang membawa 20 orang terhempas akibat mengalami kerosakan enjin sebaik berlepas dari lapangan terbang Lagos, awal hari ini.

Pesawat berkenaan dilaporkan cuba mendarat berdekatan depot minyak di lapangan terbang berkenaan dengan sekurang-kurangnya 14 terbunuh.

Pesawat buatan firma Brazil, Embraer dan milik Nigeria Associated Airlines, berlepas jam 9.30 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Mohammed, demikian menurut Kementerian Penerbangan Awam Nigeria dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan dilaporkan menuju ke Akure di barat daya Negeri Ondo, namun terhempas dua minit selepas berlepas dengan di dalamnya mengandungi 13 penumpang dan tujuh anak kapal.

“Terdapat enam yang terselamat manakala 14 lagi terkorban,” kata Menteri Penerbangan Awam Nigeria, Stella Oduah. – AFP

Senin, 30 Desember 2013

Remaja Maut Diserang Jerung


Sydney – Seorang remaja maut dibaham jerung, semalam, seminggu selepas kejadian sama mengakibatkan kematian peluncur air.

Polis New South Wales berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai serangan jerung di Coffs Harbour, kira-kira 450 kilometer (km) di utara Sydney.

Kenyataan polis menyebut, seorang remaja lelaki dipercayai berusia 18 tahun sedang meluncur bersama rakannya kira-kira 100 meter dari pantai apabila kakinya dibaham jerung.

“Rakannya terus membawanya ke pantai dan dia diberi rawatan pasukan paramedik, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya.

Jurucakap paramedik pula berkata mangsa mengalami kecederaan teruk pada kakinya, namun punca kematian dipercayai serangan jantung akibat trauma.

Minggu lalu seorang peluncur air berusia 35 tahun mati dibunuh jerung di Gracetown, kira-kira 270km di selatan Perth.

Jerung sering memasuki perairan Australia, namun jarang menyerang manusia dengan hanya 15 kejadian dilaporkan dalam setahun.

Kejadian terakhir sebelum serangan minggu lalu direkodkan pada Julai 2012 membabitkan seorang peluncur air di barat Australia. – AFP

Kamis, 26 Desember 2013

1 000 maut demi pakaian murah

myMetro

London: Sikap warga Britain yang ketagih mendapatkan pakaian murah secara tidak langsung ‘mengorbankan’ kira-kira 1,000 nyawa pekerja Bangladesh sejak lapan tahun lalu.
Siasatan media menunjukkan, dalam tempoh sama, berpuluh-puluh ribu pekerja lagi cedera dalam banyak kilang yang menyediakan bekalan pakaian untuk rangkaian kedai di Britain.

Angka itu termasuk sekurang-kurangnya 330 orang yang terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh di sebuah bandar pinggir Dhaka pada Rabu lalu.
Kelmarin, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan kira-kira 50 mangsa yang masih hidup dari bawah runtuhan bangunan lapan tingkat menempatkan kilang yang membekalkan pakaian untuk jenama terkenal di Britain, Primark Menurut beberapa penganalisis, tragedi Plaza Rana itu sepatutnya boleh dielakkan jika pihak yang berkenaan mengambil langkah perlu.

Sumber pula berkata, beberapa firma Britain yang menggunakan produk kilang berkenaan enggan menandatangani perjanjian keselamatan tempat kerja yang baru.

Langkah itu sudah dilakukan syarikat pengeluar jenama Calvin Klein dan Timberland. Kata sumber, sejak 2005 lebih 1,000 pekerja kilang kain terbunuh dalam pelbagai bencana, termasuk kebakaran dan bangunan runtuh.
FotoWARIS seorang daripada mangsa runtuhan bangunan kilang pakaian berdoa tidak jauh dari lokasi bencana itu berlaku di Savar, semalam.
“Banyak insiden kecil yang berlaku dan kurang diberi perhatian,” katanya. Beberapa bulan lalu, kebakaran di kilang Tazreen Fashion membunuh 112 orang pekerjanya.

Sementara itu, Primark berkata, mereka tidak menandatangani pelan keselamatan untuk kilangnya kerana ada inisiatif lain diambil.
Kenyataan itu dibantah pengkritik kerana inisiatif berkenaan hanya meliputi bencana kebakaran, bukan keselamatan bangunan. Aktivis pertubuhan War On Want, John Hilary berkata pihak berkuasa wajar bertindak bagi menghalang kejadian sama berulang.

“Tiba masa untuk kerajaan meminta syarikat terbabit bertanggungjawab atas kejadian runtuhan itu,” katanya ketika ditemui, semalam. - The Sun

Selasa, 24 Desember 2013

Bas Jatuh Lereng Bukit 17 Nyaris Maut

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut | 17 orang penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki itu terjunam ke lereng bukit sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di Slim River, petang tadi.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil. Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera. Namun begitu, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya. sumber