Tampilkan postingan dengan label ular. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ular. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Ular Jaga Anak


Ular Jaga Anak
Ular Jaga Anak - Dongguan : Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.
Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.
Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.
“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.
Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.
Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.
“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”
Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.
“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. – Daily Mail

Minggu, 22 Desember 2013

Snake Massage Spa Urut Ular super Ekstrim

18 Nov 2012

Menikmati perawatan urut memang terasa sangat nikmat, kerana urut boleh  membuat kita merasa sangat rileks dan tubuh kitapun terasa sangat nyaman. Tapi cuba bayangkan jika yang memijat kita bukanlah Tukang urut atau terapist spa, melainkan ular. Hi, tentunya pasti sangat mengerikan. Namun justru itulah yang ditawarkan oleh sebuah pusat perawatan tubuh di Israel, Snake Massage Spa alias pijat ular.





Untuk boleh menikmati layanan urutan  ular ini, anda harus membayar sebanyak  $80 . Pijat Ular ini dipercaya boleh membuat tubuh anda merasa nyaman dan segar, selain itu, juga boleh  mengendorkan otot-otot yang tegang kerana banyaknya aktifiti.
















Ular-ular yang digunakan dalam perawatan urut ini adalah ular-ular yang tak berbisa, seperti Ular Piton, Ular King Florida, Ular Susu, dan Ular Tanduk, Jadi jangan takut untuk terkena bisanya. Ukuran ular juga disesuaikan dengan jenis urutan, untuk pijatan kaki dan tangan, menggunakan ular yang kecil, sedangkan untuk pemijatan di bahagian tubuh menggunakan ular yang agak besar.

sumber