Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Abe Soh 19 kali kahwin 46 anak 100 cucu


Sebahagian ahli keluarga Che Soh.



KOTA BHARU - “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak tinjauan bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.

Kamis, 30 Januari 2014

Ular Jaga Anak


Ular Jaga Anak
Ular Jaga Anak - Dongguan : Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.
Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.
Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.
“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.
Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.
Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.
“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”
Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.
“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. – Daily Mail

Senin, 30 Desember 2013

Harimau ini murung kerana kematian anak Tapi dia kembali pulih setelah diberi anak angkat

Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang. Tak lama selepas tu, harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik.

Oleh kerana spesis ini agak terancam, pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya. Akhirnya, cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak Harimau.

Usaha tersebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyanyangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri.

Haiwan juga punya perasaan sayangkan anak mereka. Sebab tu manusia jangan la bodoh sangat pergi buang anak. - Oh! Media
Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang. Tak lama selepas tu, harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik.  Oleh kerana spesis ini agak terancam, pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya. Akhirnya, cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak Harimau.  Usaha tersebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyanyangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri.  Haiwan juga punya perasaan sayangkan anak mereka. Sebab tu manusia jangan la bodoh sangat pergi buang anak. - @[331481044571:274:Oh! Media]

Sabtu, 28 Desember 2013

Britney Spears Curang Tiduri Adik Ipar Hingga Lahirkan Anak

Christopher Federline, yang merupakan adik kepada bekas suami Britney Spears, Kevin Federline, baru-baru ini menyatakan dirinya sebagai bapa kandung kepada Sean Preston, iaitu anak sulung Britney yang baru mencecah umur 7 tahun.

Menurut beberapa sumber, Christopher dilaporkan menuduh Britney mengambil wang sebanyak AS $4,500 (RM 13,793) setelah mencuri kad kredit beliau.

Tindakan beliau untuk berkonfrontasi dengan penyanyi pop itu hanya mengakibatkan dirinya ditertawakan oleh Britney, yang mengugut untuk mendedahkan dirinya sebagai ayah kandung kepada Sean Preston, sekiranya beliau membuat sebarang laporan polis mengenai kecurian itu.

Bersama dengan pengakuan tersebut, Christopher turut dilaporkan telah memfailkan perintah halangan sementara terhadap penyanyi berusia 31 tahun itu. Aduan dibuat pada 18 Disember di sebuah mahkamah di Tampa, Florida, yang mana beliau menuduh Britney atas hal ugutan dan gangguan.

"Saya akui pernah meniduri Britney, dan saya juga adalah ayah kandung kepada Sean, tetapi semua orang tak perlulah tahu," kata beliau.

Britney berkahwin dengan Kevin Federline pada September 2004 dan bercerai pada 2006. Pada 2006 iaitu semasa perceraian difailkan Sean Preston berusia dua tahun dan adiknya Jayden James berusia dua bulan. Ini bermakna Kevin masih suami kepada Britney semasa hubungan Britney dengan Christopher berlaku.

Buat masa ini, Britney dan Kevin masih belum memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut.