Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Penumpang jatuh ke laut dari pesawat Mayat belum dijumpai

15 Nov 2013
 
Florida - Seorang pilot di Florida, Amerika Syarikat, melaporkan bahawa penumpangnya jatuh keluar pesawat ketika sedang mengudara pada ketinggian 600 meter. Penumpang tersebut jatuh ke laut dan hingga kini usaha pencarian masih terus dijalankan oleh pihak keselamatan.

Pilot tersebut sedang menerbangkan pesawat injin tunggal jenis Piper PA-46 Malibu yang mampu menampung total lima penumpang. Namun ketika kejadian pada Khamis (14/11) petang  waktu setempat, pesawat tersebut hanya membawa seorang penumpang lelaki.

Humas pengawal pantai setempat atau yang dikenal dengan Coast Guard 7th District, Mark Barney, menuturkan, pihaknya mendapat laporan dari  pilot itu bahawa pintu pesawat sedikit terbuka dan satu-satunya penumpang yang dibawanya terjatuh keluar. Demikian seperti dilansir Los Angeles Times, Jumaat (15/11/2013).

Pengarah Komunikasi pada Otoriti Penerbangan Miami-Dade, Greg Chin menyatakan, pesawat tersebut merupakan pesawat sewaan dan memiliki lesen terbang. Ditambahkan dia, pesawat tersebut lepas landasan dari Lapangan Terbang Tamiami.

Barney menyebutkan, penumpang tersebut jatuh di wilayah pantai Florida atau tepatnya 12 kilometer dari Kendall-Tamiami Executive Airport. Lapangan Terbang tersebut berjarak sekitar 16 kilometer dari pusat kota Miami.

Namun sayangnya, nama penumpang tersebut masih belum dirilis oleh otoriti setempat. Belum diketahui juga kondisi sah penumpang itu jatuh. 

Pasukan penyelamat dari pengawal pantai setempat hingga kini masih melakukan pencarian lelaki tersebut. Tiga unit  polis  dan bomba Miami-Dade juga dikerahkan untuk membantu pencarian lelaki tersebut.

Aparat setempat masih menyiasat insiden ini lebih lanjut. Insiden ini mengingatkan pada insiden serupa yang terjadi Newport Beach, California, pada bulan ini. Ketika itu, seorang penumpang yang menyewa helikopter untuk melihat-lihat pemandangan, secara tak diduga membuka pintu heli dan melompat keluar. Lelaki tersebut meninggal di rumah sakit. Insiden ini diklasifikasikan sebagai insiden bunuh diri.detikNews

Selasa, 24 Desember 2013

Bas Jatuh Lereng Bukit 17 Nyaris Maut

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut | 17 orang penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki itu terjunam ke lereng bukit sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di Slim River, petang tadi.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil. Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera. Namun begitu, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya. sumber