Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Abang kahwin adik sendiri

     myMetro
TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.
TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.
SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.
SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.
ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran tinjauan perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.


Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
 

    


Kamis, 20 Februari 2014

Abe Soh 19 kali kahwin 46 anak 100 cucu


Sebahagian ahli keluarga Che Soh.



KOTA BHARU - “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak tinjauan bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.