Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Wanita Ini Alami 100 Kali Orgasme Setiap Hari


Pennsylvania: Orgasme atau kepuasan seks bagi wanita selalunya menjadi sebuah pengalaman seksual yang selalu ditunggu kaum wanita dewasa. Namun tidak bagi Kim Ramsey yang bertugas sebagai jururawat.


Wanita 44 tahun berasal dari Amerika Syarikat ini selalu ingin menghentikan orgasme yang dialaminya. Setiap hari, Kim Ramsey mengalami sekurang-kurangnya 100 kali orgasme tanpa memilih tempat dan waktu. 

Kim Ramsey yang pernah mempunyai kekasih itu menderita Persistent "Genital Arousal Disorder (PGAD)" Atau kelainan ghairah genital. Dengan lain perkataan, Dia memiliki situasi yang membuatnya merasa terus-menerus terangsang. 
Semasa tergesel orang lain di dalam kenderaan awam, Kim Ramsey boleh mengalami klimaks.Kim Ramsey juga boleh terangsang akibat goncangan kenderaan awam di kereta atau melihat sesuatu yang membuatnya akan tertarik secara seksual. Keadaan ini terasa sangat meletihkan, sakit, dan tidak mampu memiliki hubungan yang normal dengan sebarang lelaki. 
Kim Ramsey juga takut untuk kemana-mana destinasi jarak jauh. 

Dia menyedari keanehan di dalam dirinya itu pada 2008, Setelah melakukan hubungan intim dengan kekasihnya. Sejak itu, ia mengalami orgasme selama empat hari berturut-turut. 
Doktor percaya bahawa sindrom itu disebabkan oleh kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001 ketika itu ia jatuh dari tangga. Ini mungkin telah menyebabkan Tarlov cyst atau saraf 
orgasme wanita milik Ramsey tersepit. Penyakit yang dialami Ramsey ini sangat jarang terjadi, dunia perubatan moden pun masih belum dapat menyelesaikan kes seperti ini.
Pada masa ini, Ramsey berusaha untuk mengubati penyakitnya itu. Ia juga akan bertemu dengan ahli PGAD di London, Untuk berbincang mengenai masaalah ini. Ia berharap kelainan yang dialaminya itu boleh disembuhkan.

sumber

Kamis, 20 Februari 2014

Abe Soh 19 kali kahwin 46 anak 100 cucu


Sebahagian ahli keluarga Che Soh.



KOTA BHARU - “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak tinjauan bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.