Kamis, 26 Desember 2013

11 Bahasa Tubuh Yang Perlu Kamu Waspadai pada Lawan Bicara

Tahukah anda sekalian kalau bahasa tubuh tidak bisa berbohong? Dengan tidak sadar atau tanpa arahan dari kita, tubuh akan menyampaikan apa yang anda rasakan melalui gerakan-gerakan yang anda sendiri tidak menyadari bahwa gerakan anda itu bisa dibaca oleh lawan bicara anda.

Isyarat-isyarat itu bisa saja berupa : Kedua tangan yang terbuka, pukulan-pukulan kecil di meja ataupun dengan memegang kepala. Sebagian isyarat itu bisa berarti semuanya baik-baik saja dan sebagian lagi bisa bermakna anda dalam keadaan tertekan ataupun bosan.


berikut ini bahasa tubuh yang terjadi :

1 .Meletakkan tangan pada mulut
Meletakkan tangan/jari jemari didepan mulut ketika anda berbicara menjadikan otak secara tidak sadar menyembunyikan sesuatu.
Sudah terbukti bahwa orang-orang yang melakukan kejahatan melakukan gerakan ini di persidangan. Dan itu menunjukkan kalau mereka berbohong.Adapun orang yang melakukan gerakan ini ketika mendengarkan orang lain berbicara padanya, hal ini menunjukkan bahwa ia tidak percaya akan apa yang diucapkan oleh lawan bicaranya

2. Mengetukkan jari / tangan di atas meja
Pernahkah anda ngobrol dengan pacar anda di sebuah restoran, dan dia mengetukkan jarinya diatas meja? Hmmm mungkin itu adalah isyarat untuk bagi anda untuk menghentikan pembicaraan dan mengajaknya pulang. Kenapa? Karena isyarat ini berarti kalau pasangan anda sedang bosan dan ga mau melanjutkan pembicaraan lagi

3.Menggigit kuku 
Menggigit kuku menandakan adanya kegugupan dan hilangnya rasa aman
4.Menyandarkan kepala pada tangan 
Gerakan ini mengirimkan pesan yang sangat jelas bahwa mengatakan “Gw bosan dengan ucapan lo”

5.Meletakkan bagian samping dahi pada genggaman
Apabila seseorang meletakkan siku kanannya diatas meja dan menyandarkan bagian samping dahinya dalam genggaman tangannya, hal ini menujukkan bahwa dia sedang berfikir dan memperkirakan situasi. Namun hal ini tidak lepas dari sifat mengejek.

6.Memegang atau menggaruk hidung
 Ketika orang berbohong, aliran darah akan bergerak kearah wajah disebabkan oleh perasaaan gelisah.
Hal ini menyebabkan terjadinya gumpalan pada jaringan hidung bagian dalam sehingga orang yang menipu cenderung memegang atau menggaruk hidung.
info : Bill Clinton menggaruk hidungnya 26 kali saat menjadi saksi pada kasus monica Lewinsky

7.Menggaruk bagian belakang telinga
Pernahkah anda tertangkap tangan sedang merokok sama Ayah anda  dan refleks anda menggaruk bagian belakang telingaanda kuat-kuat (baik kiri ataupun kanan). Hal ini nunjukin kalo anda sedang mencari cara untuk mengelak.

8.Menggosokkan kedua telapak tangan
Bahasa tubuh ini menunjukkan bahwa lawan bicara anda sedang mengharapkan sesuatu yang positif dari anda. Mungkin teman anda mengharapkan oleh-oleh atau minta ditraktir

9.Tangan di Belakang Kepala
Pernah ketemu sama boss anda yang sedang menautkan jari-jemari dibelakang kepalanya? mungkin ini terlihat seperti bahwa boss anda sedang merasa santai. Tapi kadang hal itu lebih berarti penghinaan dibandingkan menunjukkan keadaan rileks

10.Memegang pergelangan tangan
Jika ada orang yang bicara dengan anda dan memegang pergelangan tangan kanan dengan tangan kirinya ataupun sebaliknya, ini berarti kalau lawan bicara agan sedang merasa tidak aman/takut terhadap anda

11.Menyilangkan tangan atau kaki
Posisi ini menunjukkan bahwa lawan bicara anda sedang bertahan dari opini/pendapat anda. Dia tidak setuju dengan pendapat anda. Dan yakinlah setelah anda selesai berbicara, ia akan mulai membantah pendapat anda.


sumber

Rabu, 25 Desember 2013

OpsDaulat Menjawab Penipuan Suara Keadilan



Individu yang berdiri di sebelah DS Najib adalah Esmail Kiram II, bukan Jamalul Kiram III yang merancang pencerobohan Pengganas Sulu (bersama Pengerusi MNLF Nur Misuari) ke atas Sabah.

http://www.keadilandaily.com/isu-lahad-datu-najib-didesak-dedah-perjanjian-dengan-sultan-sulu/

Walaupun Esmail Kiram II merupakan adik bongsu kepada Jamalul Kiram III, berlaku krisis perebutan kuasa di antara mereka dalam penentuan Sultan Sulu yang sah.

Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dari Esmail Kiram II menyatakan sokongan terhadap tindakan abangnya Jamalul Kiram III menyerang Sabah.

Nur Misuari & Jamalul Kiram III

Berkaitan tajuk NAJIB JANJI TANAH UNTUK TENTERA SULU itu bukan kenyataan oleh media Filipina (mb.com.ph). Media Filipina cuma memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Nur Misuari.

When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.
http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UTgTexz6UUg

Melalui tajuk dari portal mb.com.ph DONT HARM SULTANS MEN, NUR WARNS MALAYSIA kita boleh melihat perkaitan rapat antara Nur Misuari dan Jamalul Kiram III dalam konflik pencerobohan di Sabah.

Jika benar DS Najib menjanjikan tanah dan orang2 Sulu datang untuk menuntut janji kepada mereka, tiada sebab mereka perlu datang dengan pelbagai senjatapi.

Anwar Ibrahim & Nur Misuari
Media Filipina memetik kenyataan dari Nur Misuari yang boleh dipertikaikan kebenarannya, berbeza dengan petikan media Filipina daripada perisikan tentera mereka yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa Reuters mengenai tawaran oleh pihak PEMBANGKANG di Malaysia:

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

Siapa sebenarnya yang menjanjikan mereka tanah??? -RR/1peluru.com

Pendaratan Penyu Di Pantai Terengganu Tinggi


DUNGUN – Pendaratan penyu di pantai Terengganu, terutamanya di kawasan rezab Jabatan Perikanan agak tinggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di sini melaporkan dalam tempoh tersebut jumlah pendaratan penyu telah meningkat kepada 5,022 pendaratan.

“Sebelum ini jabatan itu cuma menerima antara 3,000 dan 4,000 pendaratan setahun,” demikian menurut laporan pusat tersebut di sini hari ini.

Laporan itu menyatakan pantai Geliga Kemaman mencatatkan pendaratan paling tinggi iaitu 1,704 diikuti Pulau Redang (1,374) dan Mak Simpan (1,048) pendaratan dan data ini tidak termasuk kawasan pajakan.

Selain itu Ma’Daerah juga mencatatkan pendaratan (243), Cakar Hutan (235), Ru Kudung (27), Rantau Abang (73), Pulau Perhentian (318) dan Mak Pekit (satu) pendaratan.

Mengenai program penetasan dan pelepasan penyu, laporan itu menyebut, pada tahun ini program tersebut diteruskan dengan kira-kira 402,932 biji telur diramkan dan daripada jumlah itu 242,772 biji berjaya menetas.

Laporan itu berkata pengeraman paling tinggi dibuat ialah di kawasan pantai Geliga melibatkan telur sebanyak 155,882 dan menetas 106,106 biji dan Mak Simpan 95,996 biji dan menetas 34,816 biji dan Mak Kapit 83,586 biji dan menetas 64,123 biji. – BERNAMA

Selasa, 24 Desember 2013

500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing


Anjing

NORMAN – Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. – DM

632 unit PPR jadi rumah transit mulai tahun depan

Rahman Dahlan

PUTRAJAYA - Program Rumah Transit untuk pasangan yang baharu berkahwin dan berpendapatan bawah RM3,000 akan dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil bermula tahun hadapan yang melibatkan 632 unit rumah.
    
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan berkata projek pertama itu merangkumi dua blok yang bertujuan membantu pasangan muda memulakan kehidupan di bandar.    

"Kadar sewa ditetapkan ialah RM250 sebulan dengan setiap pasangan dibenarkan menyewa sehingga dua tahun dan dalam masa yang sama tidak dibenarkan disewa kepada orang lain," katanya.
    
Beliau berkata unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi itu akan dilengkapi dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif.
    
Tambahnya program tersebut juga akan menambah baik penyelenggaraan dan kemudahan antaranya penyediaan kemudahan sistem kamera litar tertutup, pondok pengawal keselamatan, kawasan berpagar, unit komuniti bomba, unit penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna.
    
Abdul Rahman berkata kira-kira 6,000 pemohon telah dikenal pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki rumah transit tersebut.
    
Antara syarat layak memohon ialah warganegara Malaysia yang berkahwin dan berusia 30 tahun ke bawah, pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, tinggal dan bekerja di Lembah Klang serta tiada rekod jenayah.
    
Beliau berkata kementeriannya menetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus unit di projek PPR baharu diperuntukan untuk Program Rumah Transit khususnya di bandar-bandar besar.
    
"Selain PPR Pinggiran Bukit Jalil, sebanyak dua lagi lokasi baharu sudah dikenal pasti untuk program Rumah Transit di negara ini iaitu di PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu, Sabah dan PPR Sentul di Kuala Lumpur," katanya. - Bernama

Bas Jatuh Lereng Bukit 17 Nyaris Maut

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut | 17 orang penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki itu terjunam ke lereng bukit sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di Slim River, petang tadi.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil. Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera. Namun begitu, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya. sumber

Senin, 23 Desember 2013

STMJ meningkatkan stamina anda dalam bercinta




Siapa yang tak mengenal STMJ, Susu Telor Madu Jahe? Sejak zaman moyang kita, minuman ini sudah dikenal sebagai minuman peningkat stamina. Paduan empat material alami yakni susu, kuning telur, madu dan jahe, disamping untuk meningkatkan stamina yang ampuh, minuman ini juga disukai karena mempunyai cita rasa khas yang enak dan menghangatkan tubuh.




STMJ memang sering disebut sebagai bahan minuman penunjang libido pria. Ingin tahu rahasianya kenapa minuman ini bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan dan libido pria saat bercinta??? Ini dia:



1. Susu



Susu sangatlah berguna untuk dikonsumsi saat tubuh letih agar tubuhnya kembali segar dan berenergi. Kenapa? Susu mengandung 9 nutrisi penting dalam tubuh, seperti protein, vitamin A, D, dan B12, kalsium, potassium, fosfor, riboflavin, niacin, zinc, dan magnesium.



2. Telur



Telur, disamping kaya kandungan gizi juga oleh nenek moyang kita disebut-sebut bisa menghilangkan stress pada pria. Stress merupakan salah satu penyebab utama penurunan libido pria. Alasan yang laen adalah adanya Vitamin B6 dan B5 di dalamnya membantu seimbangkan hormon dan melawan stess. Mengonsumsi telur mentah juga bisa tingkatkan energi, hormon testosteron, dan juga menambah libido pria.



3. Madu



Siapa yang tak kenal madu yang dihasilkan oleh lebah? Bahkan al quran pun menyatakan mengenai lebah ini. Secara ilmiah madu emang kaya akan kandungan zat2 yang berguna bagi tubuh manusia. Rasa manis alami dalam madu bisa tingkatkan libido dan juga stamina bercinta. Madu yang dicampurkan ke dalam susu juga bisa meningkatkan energi. Karena nutrisinya yang mampu meningkatkan stamina, madu juga sering dikategorikan sebagai afrodisiak.



4. Jahe



Jahe merupakan rempah yang memiliki banyak nutrisi yang dibutuhkan tubuh. Jahe juga memiliki efek terhadap libido pria. Jahe mengandung antioksidan yang berfungsi untuk membersihkan pembuluh darah dan menurunkan resiko disfungsi ereksi. Anda mau meningkatkan stamina bercinta??? Minum STMJ secara rutin doankkkk






wahw33d

Orignal From: STMJ meningkatkan stamina anda dalam bercinta